English Drama | KOLEJ MOHAMAD RASHID

English Drama


Pada 19 Mac 2016, Kolej Mohamad Rashid telah menghantar satu kumpulan English Drama yang dibentuk oleh sekretariat akademik kolej yang diberi nama AnakSeniPertama Production, tersebut bagi bertanding dalam pertandingan yang dianjur oleh Kolej 2. Kumpulan yang dibentuk terdiri oleh sebahagian besar pelajar-pelajar tahun pertama Kolej Mohamad Rashid. Drama yang dihasilkan menonjolkan sikap moral di mana perasaan tidak berputus asa perlu ada dalam setiap individu walaupun kesabaran diuji dalam pelbagai tahap. Pertandingan tersebut diadakan di PanggungPercubaan yang terletak bersebelahan dengan Dewan Besar, UPM. English Drama pada tahun ini membuahkan hasil apabila berjaya merangkul beberapa anugerah seperti Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrip Terbaik, dan berjaya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan. Pelajar-pelajar dari produksi ini telah memahami erti kerjasama dan penghormatan antara satu sama lain. Mereka juga telah mempelajari peri pentingnya persahabatan dan semangat kekitaan.

Updated:: 05/10/2016

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1506332631