Minggu Jalinan Warna (MIJAWA) | KOLEJ MOHAMAD RASHID

Minggu Jalinan Warna (MIJAWA)


Pada 11 November 2015 yang lalu, Sekretariat Blok dan Sekretariat Kebajikan telah menganjurkan Minggu Jalinan Warna (MIJAWA). Program ini melibatkan seluruh warga Kolej Mohamad Rashid(KMR) yang terdiri daripada lima divison iaitu Sigma, Upsilon, Gamma, Omega, dan Alpha. Tujuan program ini diadakan kerana memupuk sifat bekerjasama antarawarga KMR dan merupakan satu medium untuk saling mengenali antara satu sama lain. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan memasak dan menjual makanan yang di masak sendiri oleh setiap division. Selain itu, aktiviti tree planting juga turut diakan iaitu aktiviti menanam pokok bersebelahan Balai Cendana. Division Sigma telah memenangi masakan paling sedap setelah diadili oleh juri manakala pertandingan jualan paling laris dimenangi oleh Divison Gamma. Program berakhir penyampaian hadiah kepada oleh pengetua kolej dan aktiviti gotong royong.Secara keseluruhannya, segalanya berjalan lancar dan semua warga KMR telah memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan program ini.. Ianya merupakan suatu tarikh keramat yang mengukir memori indah dalam semester ini dan pasti tidak akan dapat dilupakan oleh semua warga kolej yang terlibat.

Updated:: 05/10/2016

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1506332858