Minggu Kenali Rashid (MEKAR) | KOLEJ MOHAMAD RASHID

Minggu Kenali Rashid (MEKAR)


Minggu Kenali Rashid atau lebih sinonim dengan perkataan MEKAR telah berlangsung selama seminggu bermula dari 31 Ogos 2016 hingga 4 September 2016, bertempat di Kolej Mohamad Rashid(KMR). Ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) KMR sesi 2016/2017 yang disertai oleh 30 orang pelajar, terdiri daripada 9 sekretariat telah berganding bahu dalam usaha menjayakan program ini. MTM yang dibantu oleh pengurusan KMR telah berjaya menjadikan Program MEKAR sebagai satu titik permulaan bagi pelajar-pelajar baharu semesta pertama sesi 2016/2017 mengenali keluarga besar Pak Rashid dengan lebih dekat. Selain itu, program ini dapat memupuk semangat bersatu padu dan cintakan kolej dalam diri setiap pelajar. Aktiviti seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) menjadi teras sepanjang program ini. Para pelajar dapat mengenali ahli kumpulan dan warga KMR dengan lebih rapat melalui pembentukan kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang berbilang agama dan bangsa. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program MEKAR ini memberi impak positif kepada pelajar-pelajar baharu kerana mereka dapat mempelajari perkara baharu yang bakal ditempuh dalam kehidupan di universiti. Aktiviti yang dijalankan menjadikan pelajar lebih arif dalam mengatur masa, berdikari, bertanggungjawab, berani serta menerapkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

Updated:: 05/10/2016

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1511060583