Aktiviti Sukol 2018 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» COLLEGE ACTIVITIES » SESI 18/19 » Aktiviti Sukol 2018

Aktiviti Sukol 2018

Kejohanan Hoki Wanita Interkolej

 

Kolej Mohamad Rashid telah menghantar pasukan lelaki untuk menyertai pertandingan interkolej seperti badminton, futsal, skuasy, tenpin boling, ping pong, memanah dan golf. Pertandingan badminton telah diadakan pada 18 September 2018 bertempat di gelanggang badminton Pusat Sukan. Pada 1 Oktober 2018 pula telah berlangsung futsal di Pusat Sukan dan gelanggang futsal KMR One Putra. Bagi pertandingan skuasy pula telah diadakan pada 8 Oktober 2018 di Pusat Sukan. Pertandingan tenpin boling juga telah disertai KMR yang bertempat di South City pada 14 Oktober 2018. Pasukan Ping pong juga telah menyertai pertandingan ping pong interkolej yang telah diadakan pada 22 Oktober 2018 di Pusat Sukan. KMR juga telah menghantar pasukan memanah pada 10 November 2018 yang bertempat di Pusat Sukan. Akhir sekali ialah pertandingan golf yang pertama kali disertai oleh KMR pada 08 Disember 2018 di Padang golf UPM. Bagi pasukan lelaki antara sukan yang telah menunjukkan peningkatan yang baik serta memberangsangkan ialah sukan tenpin boling dan golf yang pertama kali disertai KMR. Tenpin boling KMR mendapat tempat ke-8 manakala golf pula KMR memperolehi kedudukan ke-5 Kesemua peserta menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang Sukol ini diadakan.

Selain itu,Kolej Mohamad Rashid juga telah menghantar pasukan wanita untuk menyertai pertandingan interkolej seperti badminton, skuasy, tenpin boling, ping pong, hoki, memanah dan golf. Pertandingan badminton telah di adakan pada 24 September 2018 di gelanggang badminton di pusat sukan. Bagi pertandingan skuasy pula, pasukan KMR telah layak ke suku akhir yang telah di adakan pada 01 Oktober 2018 di pusat sukan. Pertandingan tenpin boling juga telah disertai yang bertempat di South City pada 14 Oktober 2018. Pasukan Ping pong juga telah menyertai pertandingan ping pong interkolej yang telah dia adakan pada 15 Oktober 2018 di pusat sukan. KMR juga telah menghantar pasukan hoki utk pertandingan hoki yang telah di adakan pada 11 November 2018 di pusat sukan. Pertandingan memanah juga telah di sertai pada 17 November 2018 yang bertempat di pusat sukan. Akhir sekali ialah pertandingan golf yang pertama kali di sertai oleh KMR pada 08 Disember 2018 di Padang golf Upm. Pasukan skuasy, pasukan hoki dan pasukan futsal KMR telah layak sehingga ke peringkat suku akhir. Kesemua peserta menunjukkan prestasi yang sangat baik.

Updated:: 20/03/2019

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0389467351
C1600810913