Bengkel Pengurusan Sukan 2018 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» COLLEGE ACTIVITIES » SESI 18/19 » Bengkel Pengurusan Sukan 2018

Bengkel Pengurusan Sukan 2018

Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Mohamad Rashid di bawah Sekretariat Sukan Dan Rekreasi 2018/2019 telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Sukan 2018 pada 28 September 2018 di Bilik Mesyuarat Kolej Mohamad Rashid. Bengkel ini diadakan pada hari Jumaat pada pukol 8.30 malam di Bilik Mesyuarat Kolej Mohamad Rashid. Program ini dihadiri oleh felo sukan Kolej Mohamad Rashid, barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Sukan bersama pengurus untuk sukan-sukan yang terlibat. Antara sukan yang terlibat ialah futsal lelaki, skuasy lelaki, tenpin boling lelaki, ping pong lelaki, memanah lelaki dan golf lelaki. Kesemua pengurus seramai 25 orang untuk sukan-sukan yang terlibat diwajibkan hadir ke bengkel tersebut. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada pengurus tentang prosedur dan tatacara berkaitan bagaimana untuk mengurus sukan yang terlibat. Hal ini adalah kerana kebanyakan pengurus adalah terdiri daripada pelajar tahun pertama dan mereka perlu diberikan pendedahan terlebih dahulu. Bengkel pengurusan sukan ini diakhiri dengan mengambil gambar beramai-ramai dan kehadiran pada malam itu juga amat memberangsangkan.

Updated:: 15/03/2019

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0389467351
C1600806430