Kursus Induksi Intensif MTM KMR 2018/2019 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» COLLEGE ACTIVITIES » SESI 18/19 » Kursus Induksi Intensif MTM KMR 2018/2019

Kursus Induksi Intensif MTM KMR 2018/2019

Pada 13-15 Januari 2019 bertempat bilik Seminar, Kolej Pendeta Za’ba dan The Garden Templer Park, Kuala Lumpur telah diadakan Kursus Induksi Intensif MTM KMR 2018/2019 dan melibatkan Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2018/2019 dan felo Kolej Mohamad Rashid. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam diri pemimpin di samping melakukan aktiviti riadah bersama-sama untuk memupuk semangat kekitaan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di dalam organisasi. Pada 13 Januari 2019, terdapat slot penilaian prestasi dan slot bersama felo yang diadakan di Bilik Seminar, Kolej Pendeta Za’ba. Seterusnya pada 14 hingga 15 Januari 2019 terdapat 3 slot yang dikendalikan oleh Saudara Syed Hamidi Syed Ali, Saudara Amir Zaim Mohd Razali dan Encik Abdul Hadi Samsi yang diadakan di The Garden Templer Park, Kuala Lumpur.

 

Updated:: 14/03/2019

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0389467351
C1600810679