Meet Anwar @ UPM: Dialog Mahasiswa | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» COLLEGE ACTIVITIES » SESI 18/19 » Meet Anwar @ UPM: Dialog Mahasiswa

Meet Anwar @ UPM: Dialog Mahasiswa

Pada 10 Disember 2018  bertempat di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysi ,Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Mohamad Rashid & Majlis Tertinggi Kolej Pendeta Zaaba dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan sebuah program yang julung kalinya diadakan iaitu Meet Anwar @ UPM: Dialog Mahasiwa. Program yang dihadiri oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato Dr. Aini Ideris ini telah menjemput Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk berkongsi pengalaman sepanjang beliau menjadi seorang pemimpin dan pandangan beliau berkenaan isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di seluruh Malaysia. Sesi soal jawab yang merupakan agenda yang dinantikan oleh para peserta telah mendapat respon yang positif apabila semua peserta memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap setiap soalan dan jawapan yang diberikan. Sambutan yang diberikan untuk program ini amat memberangsangkan dengan kehadiran seramai hampir 2000 orang dan ianya dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa UPM dan institut pengajian tinggi yang berhampiran serta kehadiran daripada orang awam. Penganjuran program ini secara tidak langsung telah berjaya menaikkan nama kedua-dua buah kolej, khususnya Kolej Mohamad Rashid.

 

 

Updated:: 15/03/2019

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0389467351
C1600809805