Minggu Kenali Kolej Mohamad Rashid (MEKAR) 2018 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» COLLEGE ACTIVITIES » SESI 18/19 » Minggu Kenali Kolej Mohamad Rashid (MEKAR) 2018

Minggu Kenali Kolej Mohamad Rashid (MEKAR) 2018

Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Mohamad Rashid sei 2018/2019 telah mengadakan satu program tahunan iaitu Minggu Kenali Kolej Mohamad Rashid atau lebih dikenali sebagai MEKAR pada : 2 – 9 September 2018 di  sekitar Kolej Mohamad Rashid. Program yang berlangsung selama 9 hari ini bertujuan untuk memperkenalkan para pelajar baharu Kolej Mohamad Rashid (KMR) mengenai peraturan-peraturan dan selok belok KMR. Program ini telah melibatkan seramai 65 orang pelajar tahun satu, 30 orang fasilitator dan 7 orang felo. Sepanjang program ini berlangsung, beberapa aspek telah diterapkan ke dalam diri pelajar baharu antaranya ialah nilai kepimpinan, hormat-menghormati dan juga semangat cintakan kolej kediaman. Sambutan dan respon daripada para peserta amat memberangsang apabila mereka telah memberikan kerjasama yang baik serta menunjukkan minat terhadap setiap aktiviti yang telah dijalankan. Slot Go Green Volunteering yang dikendalikan oleh Sekretariat Sukarelawan Siswa dan dihadiri oleh pengetua kolej merupakan aktiviti yang telah menarik minat para peserta untuk terus bersemangat sepanjang program berjalan.

 

Updated:: 15/03/2019

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0389467351
C1600810665