Malam Tunas Budaya 2015 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» COLLEGE ACTIVITIES » SESSION 15/16 » Malam Tunas Budaya 2015

Malam Tunas Budaya 2015

Malam Tunas Budaya (MTB) 2015 telah diadakan dengan jayanya pada 16 September 2015. MTB 2015 ialah sebahagian daripada program kebudayaan tahunan interkolej untuk menggilap bakat pelajar tahun pertama daripada setiap kolej. Bertemakan “1 Jiwa, 1 Rasa, 1 Negara”, MTB 2015 telah melibatkan penyertaan daripada gabungan Kolej Mohamad Rashid dan Kolej Tun Perak, dikenali sebagai Pujangga Fansuri. Dengan penyertaan daripada 17 buah kolej dalam 9 persembahan, gabungan Kolej Mohamad Rashid dan Kolej Tun Perak (Pujangga Fansuri) berada di persembahan ketujuh. Berbekalkan azam tinggi, Pujangga Fansuri telah berjaya memenangi Anugerah Kreativiti Terbaik. MTB 2015 telah berjaya berlangsung di Dewan Besar PKSSAS, UPM.


Updated:: 05/10/2016

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1506145483