1Kolej 1Kampung 2016 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » 1Kolej 1Kampung 2016

1Kolej 1Kampung 2016

Peserta 1K1K KMR 2016 bergambar bersama Ayahanda Pengetua dan YB Dato Seri Haji Shamuddin


UPM, Serdang – Seramai 37 pelajar Kolej Mohammad Rashid telah mengikuti Program 1 Kolej 1 Kampung 2016 (1K1K) yang dianjurkan kolej pada setiap tahun. Program di bawah Sekreteriat Kebajikan Dan Kemasyarakatan kolej ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 25-27/11/2016 yang bertempat di Kampung Sungai Pasu Raub, Pahang. Program yang melibatkan interaksi mahasiswa Universiti dengan penduduk kampung ini bukan hanya bertujuan untuk menjalinkan Silaturrahim tanpa mengira usia, tetapi juga untuk memupuk kesedaran dalam jiwa para mahasiswa untuk berfikir berkenaan pentingnya mereka untuk menyumbang kepada masyarakat kelak. Pelbagai aktiviti menarik diadakan yang sememangnya memerlukan komitmen dan kerjasama sepenuh masa daripada kedua-dua pihak.

Updated:: [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1506145288