JOHAN PIDATO SAMBA ZA'BA 2016 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » JOHAN PIDATO SAMBA ZA'BA 2016

JOHAN PIDATO SAMBA ZA'BA 2016

UPM, SERDANG- pada hari Ahad 16 Oktober 2016, Penutupan Sambutan Bulan Bahasa Za’ba telah dijalankan bertempat di Dewan KPZ. Majlis penutupan ini telah bermula pada jam 8.30 malam. Pada malam tersebut, telah diadakan perlawanan pentas akhir pidato SAMBA ZA’BA 2016. Wakil pidato Kolej Mohamad Rashid, saudara Mohammad Fauzi B. Amrin telah melayakkan diri ke pentas akhir pidato SAMBA ZA’BA dengan tajuk pidatonya, Andai Za’ba Masih ada. Pada pertandingan itu,Saudara Mohammad Fauzi B. Amrin telah dinobatkan sebagai Johan pidato SAMABA ZA’BA 2016. Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Hormat Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia.Syabas diucapkan!


Updated:: [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1510946416