KMR Anjur Program Alumni Inspiration Kali Ke-2 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » KMR Anjur Program Alumni Inspiration Kali Ke-2

KMR Anjur Program Alumni Inspiration Kali Ke-2


UPM Serdang – Alumni Inspiration Talk siri 2 telah diadakan dengan jayanya pada hari Selasa, 15 November 2016 bertempat di Dewan Putra 2. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang. Majlis ini dihadiri oleh para pelajar Kolej Mohamad Rashid dan barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Mohamad Rashid. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengetua Kolej Mohamad Rashid, Dr Khairulazmi bin Ahmad dan Setiausah Alumni kolej, Tuan Haji Ghazali Bin Salamat.  Majlis kemudian diteruskan lagi dengan sesi perkongsian oleh barisan panel Alumni yang terdiri daripada Dato’ Syed Abdul Rahman, En Abdul Adziz Hassan, En Nasaruddin Che Ahmad dan En Hairi bin Baharom. Barisan panel Alumni telah dijemput naik ke atas pentas untuk berkongsi serba sediit pengalaman mereka semasa belajar di UPM dan memberi pendapat kepada soalan-soalan yang diajukan oleh moderator iaitu saudari Nur Haziqah Binti Tahiran yang merupakan pelajar tahun 2. Sesi perkongsian oleh barisan panel diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para pelajar yang hadir. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Kolej  Mohamad Rashid dan sesi fotografi para pelajar yang hadir bersama barisan Alumni.


Updated:: [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1506145255