KMR JOHAN FESTIVAL FILEM PENDEK INTERKOLEJ (FESFIK) 2017 !! | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » KMR JOHAN FESTIVAL FILEM PENDEK INTERKOLEJ (FESFIK) 2017 !!

KMR JOHAN FESTIVAL FILEM PENDEK INTERKOLEJ (FESFIK) 2017 !!

UPM, Serdang – FESFIK 2017 yang merupakan anjuran majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2016/2017 dan Pihak Pengurusan Kolej Mohammad  Rashid telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 18-21 April  yang  bertempat di  dewan-dewan Fakulti Sains untuk malam tayangan.  Manakala, pada 23 April  pula merupakan malam anugerah FESFIK 17  bertempat di Panggung Percubaan UPM.Pada malam yang gemilang itu,  sebanyak16 anugerah berserta 3 tempat terbaik dipertandingkan dan turut hadir kemajlis ini ialah      Prof.Datin Paduka Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM).

Filem Ingénue karya Anak Seni Pertama Production oleh KMR telah dinobatkan sebagai Johan  FESFIK 17 diikuti oleh filem Kilan daripada Kolej  12sebagai Naib Johan dan Momank(Mak Oh Mak Aku Nak Kahwin) Kolej 14  tempat ketiga.

Tidak dilupakan, filem Ingénue juga meraih 3 anugerah lain iaitu Anugerah Pilihan Penonton, Anugerah Sinematografi Terbaik dan juga  Anugerah Arahan Terbaik.

Diharapkan, warga  KMR dapat mencipta lagi sejarah pada tahun-tahun akan datang. Syabas diucapkan!

Updated:: 15/05/2017 [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1511059876