KMR Naib Johan PERTANDINGAN DEBAT SAMBA ZA’BA 2016 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » KMR Naib Johan PERTANDINGAN DEBAT SAMBA ZA’BA 2016

KMR Naib Johan PERTANDINGAN DEBAT SAMBA ZA’BA 2016

UPM, SERDANG – pada 16 Oktober 2016 iaitu hari Ahad yang lalu , Penutupan Sambutan Bulan Bahasa Za’ba 2016 telah dijalankan bertempat di Dewan KPZ. Majlis penutupan ini telah berlangsung pada jam 8.30 malam. Pada malam tersebut, Kolej Mohamad Rashid telah dinobatkan sebagai Naib Johan pertandingan debat SAMBA ZA’BA 2016 yang telah dijalankan pada 9 Oktober lalu antara KMR dengan kolej 17. Usul yang dibahaskan adalah “Dewan Ini Akan Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Subjek Universiti”. Kolej 17 telah dinobatkan sebagai Johan. Walaubagaimanapun, salah seorang pendebat KMR, saudari Has Umierah Binti Ibrahim telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Hormat Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar bin Sabran,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia.Tahniah diucapkan!


Updated:: [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1506145267