KMR Rangkul Anugerah Dalam PESTA KONVEKESYEN KE-40 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » KMR Rangkul Anugerah dalam PESTA KONVEKESYEN KE-40

KMR Rangkul Anugerah dalam PESTA KONVEKESYEN KE-40

UPM,Serdang – Pertandingan Nyanyian Solo Interkolej 2016, Pertandingan Koir Interkolej 2016 dan Pertandingan Rentak Putra Interkolej 2016 bersempena dengan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM ke-40 telah diadakan pada 21 sehingga 25 Oktober 2016 bertempat di Pentas Angsana Bukit Ekspo. Untuk Pertandingan Nyanyian Solo, Kolej Mohamad Rashid telah menghantar saudara Mohd Noraiman Bin Mohd Fadzil untuk mewakili kolej. Dengan penyertaan daripada 17 buah kolej, Kolej Mohamad Rashid telah membuat persembahan yang ke 11.  Dengan azam dan tekad yang tinggi Kolej Mohamad Rashid telah memenangi Naib Johan bagi pertandingan Nyanyian Solo tersebut. Saudara Mohd Noraiman Bin Mohd Fadzil juga telah memenangi Anugerah Keseluruhan Vokal Terbaik. Untuk Pertandingan Koir, Kolej Mohamad Rashid telah menghantar sekumpulan pelajar seramai 15 orang, yang dikenali sebagai Pujangga Fansuri untuk mewakili kolej. Pujangga Fansuri telah membuat persembahan yang ke 7 daripada 17 buah persembahan. Walaupun tidak memenangi tempat untuk pertandingan Koir namun, Pujangga Fansuri telah membawa pulang Anugerah Publisiti terbaik dan Anugerah Busana terbaik. Tahniah!


Updated:: [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1510946404