KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ASASI 2016 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ASASI 2016

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ASASI 2016

UPM, Serdang- Kursus Kepimpinan Pelajar Asasi 2016 (KUKPA) telah berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu pada tarikh 16 hingga 18 Disember 2016. Kem ini telah diadakan bertempat di Kem Sri Raudah, Gombak Selangor dengan disertai oleh 85 orang peserta  dari kalangan pelajar asasi sendiri, para fasilitator dan juga Felo KMR. Kursus  ini  merupakan program tahunan KMR yang bertujuan untuk memberi pendedahan akan asas kepimpinan kepada para pelajar asasi yang bakal bergelar mahasiswa dan mahasiswi akan asas kepimpinan dalam diri setiap individu. Kursus ini juga ibarat serampang dua mata kerana bukan sahaja menerapkan aspek kepimpinan dalam diri setiap pelajar asasi kolej, malahan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara warga Kolej Mohamad Rashid.


Peserta-peserta kem KUKPA KMR 2016.


Pengetua Kolej Mohamad Rashid (tengah) , Felo dan Pengurus Kolej turut serta dalam Kem kepimpinan ini.


Updated:: [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1505956987