LARIAN RENTAS KAMPUS | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » LARIAN RENTAS KAMPUS

LARIAN RENTAS KAMPUS

Serdang- Pada 26 November 2016 bersamaan hari Sabtu yang lalu, program larian Merentas Kampus telah dijalankan disekitar kawasan Universiti Putra Malaysia. Acara larian ini melibatkan seluruh warga UPM dan penyertaan adalah wajib bagi seluruh warga Kolej Mohamad Rashid. Bas UPM telah disediakan bermula jam 6.30 sehingga jam 7.45 pagi bagi membawa para pelajar dari setiap kolej ke Pusat Sukan kerana acara larian bermula di sana. Tepat jam 8 pagi, acara larian bermula. Larian Merentas Kampus ini terbahagi kepada dua kategori. Kategori perempuan , jarak larian sejauh 5.5KM  dan kategori lelaki iaitu 10 KM.

Secara kesuluruhannya, bagi kategori Lelaki, Kolej Mohamad Rashid mendapat tempat ke-9 manakala bagi kategori perempuan, Kolej Mohamad Rashid mendapat tempat ke-12. Seorang wakil dari KMR, iaitu Saudari Cristina Santung telah mendapat tempat “top 20” bagi kategori perempuan.

Syabas dan tahniah diucapkan atas pencapaian yang dicpai. Majulah sukan untuk KMR!

                                                                                           





Updated:: [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1510946379