MINGGU KEROHANIAN DAN KEHARMONIAN KOLEJ (MKK)2017 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » MINGGU KEROHANIAN DAN KEHARMONIAN KOLEJ (MKK)2017

MINGGU KEROHANIAN DAN KEHARMONIAN KOLEJ (MKK)2017

UPM, Serdang- Sekteriat Kerohanian Kolej Mohammad Rashid dengan kerjasama Bhep, Pusat Islam dan juga Pusat Zakat UPM telah mengadakan beberapa aktiviti menarik bersempena Minggu Kerohanian dan Keharmonian (MKK) kolej ini. Program ini berlangsung selama 4 hari iaitu bermula 23 sehingga 26 Februari 2017 bertempat di Balai Cendana KMR, Anjung 15, Bukit Expo, Masjid UPM, dan juga Dewan Putra 2. Pada khamis 23/2, Iftar Perdana telah diadakan dengan menu istimewa disediakan khas buat para peserta dan selepas itu program disambung dengan kuliah ilmu disampaikan oleh Ustaz Omar Jaafar. Pada hari Jumaat, para peserta didedahkan dengan kaedah mudah dan berkesan untuk mempelajari Ilmu Tajwid melalui Kelas Tajwid oleh Ustaz Amir Kholis. Hari berikutnya, sekali-lagi para peserta didedahkan dengan ilmu yang bermanfaat iaitu asas-asas didalam mendirikan solat melalui Bengkel Pemantapan Solat oleh Ustaz Nidzam. Hari terakhir iaitu 26/2 (Ahad) merupakan kemuncak bagi MKK. Program dimulakan dengan  Qiammullail, diteruskan dengan Explorer Iman pada sesi pagi dan Bengkel Pengurusan Jenazah pada sesi petang. Pada sesi malam diadakan Majlis penutup MKK beserta Ceramah Perdana oleh Aiman Banna dan nyanyian daripada Artis iaitu saudara Baggio serta penyampaian hadiah pada para pemenenang.

Updated:: 22/03/2017 [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1511204503