NAIB JOHAN FESTIVAL ZAPIN INTERKOLEJ (ZaFest) 2017 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » NAIB JOHAN FESTIVAL ZAPIN INTERKOLEJ (ZaFest) 2017

NAIB JOHAN FESTIVAL ZAPIN INTERKOLEJ (ZaFest) 2017

UPM, Serdang- Pada 26 Mac 2017, Ahad, 8 malam, Festival Zapin Interkolej (ZaFest) 2017, telah diadakan di Panggung Percubaan. Kolej Mohamad Rashid tidak melepaskan peluang dengan menghantar pasukan Sanggar Citra Fansuri untuk mewakili kolej bagi pertandingan ini. Pasukan dari Kolej Mohamad Rashid telah membuat persembahan pada giliran ke 12. Selepas selesai semua persembahan, sesi pemunguman pemenang- pemenang telah diadakan. Tempat kelima telah dimenangi oleh Kolej Ketiga Belas, diikuti dengan kolej kedua ditempat keempat. Kolej Tun Perak telah memenangi tempat ketiga dan pasukan Kolej Mohamad Rashid telah berjaya merangkul naib johan, dan johan bagi Festival Zapin Interkolej (ZaFest) 2017 telah dimenangi oleh gabungan pasukan Kolej kesepuluh dan Kolej kesebelas

Updated:: 08/04/2017 [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1510946363