PENGANJURAN FESTIVAL FILEM PENDEK INTERKOLEJ (FESFIK) KALI KE-4 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » PENGANJURAN FESTIVAL FILEM PENDEK INTERKOLEJ (FESFIK) KALI KE-4

PENGANJURAN FESTIVAL FILEM PENDEK INTERKOLEJ (FESFIK) KALI KE-4

UPM, Serdang - Kolej Mohamad Rashid telah menganjurkan Festival Filem Pendek Interkolej 2017 (Fesfik 17). Pertandingan ini telah disertai oleh kesemua 17 buah kolej di UPM dengan menghantar karya filem pendek masing-masing untuk diadili dan telah ditayangkan pada 18hb April hingga 21 April.

Festival Filem Pendek Interkolej (FESFIK 2017) merupakan pertandingan filem pendek interkolej yang diadakan pada setiap tahun.Penganjurannya kali ke-empat pada tahun ini telah menerima penyertaan daripada 17 buah kolej di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Penganjuran FESFIK bermatlamat untuk menjadi platform mahasiswa UPM bagi mengetengahkan bakat dalam seni perfileman, serta merevolusikan industri perfileman negara.

FESFIK 2017 membawakan tema "Mengimbau Nostalgia" sebagai tema penyertaan filem pada tahun ini. Signifikan tema "Mengimbau Nostalgia" adalah untuk menyampai mesej apresiasi terhadap kenangan lalu, sebagai harapan untuk masa hadapan

Updated:: 11/05/2017 [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1511204466