PROGRAM CEO@FACULTY 2016 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » PROGRAM CEO@FACULTY 2016

PROGRAM CEO@FACULTY 2016

UPM, SERDANG - Satu program yang diberi nama PROGRAM CEO@FACULTY 2016, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah dijalankan pada 13 October 2016 iaitu pada hari Khamis. Program CEO@FACULTY 2016 yang dijalankan di bawah pihak Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi ini dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Auditorium, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Off Lebuh Silikon. Program ini dihadiri oleh seramai 10 orang ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Mohamad Rashid. Selain itu, program ini turut dirasmikan oleh YBhg. Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris yang merupakan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Pada program tersebut, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang merupakan Ketua Setiausaha Negara, telah membawakan tajuk mengenai “Transformation Towards National Development.” Beliau memberikan perkongsian berkenaan “National Blue Ocean Strategy”, serta memberikan input berguna kepada hadirin berkaitan selok belok sektor kerajaan.


Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang merupakan Ketua Setiausaha Negara, telah membawakan tajuk mengenai “Transformation Towards National Development.”



Tan Sri Dr. Ali Hamsa bersama YBhg. Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris dalam upacara penyampaian cenderahati


Updated:: [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1511204490