Projek MEGA Penanaman Pokok 2016 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » Projek MEGA Penanaman Pokok 2016

Projek MEGA Penanaman Pokok 2016

UPM, SERDANG – Program Mega Penanaman Pokok 2016 telah diadakan dengan jayanya pada 8 October di 6 buah lokasi yang berlainan di sekitar kawasan UPM Kampus Serdang juga Kampus Bintulu. Program Mega ini melibatkan seramai 3 ribu pelajar daripada setiap kolej kediaman khususnya daripada pelajar bachelor tahun 1 dan penglibatan warga Kolej Mohammad Rashid juga tidak dikecualikan. Sebanyak 10,000 anak pokok telah digunakan bagi menjayakan program ini dan bertujuan untuk mencapai hasrat UPM Taman Botani. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Tesco Malaysia turut sama menyumbang kepada aktiviti hijau ini. Wakil-wakil Kolej Mohammad Rashid telah ditugaskan bersama Kolej Serumpun yang lain untuk menanam pokok di Zon A iaitu di sekitar Pejabat TNCPI. Sejurus selesai ucapan perasmian daripada YBhg. Dr. –Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) UPM aktiviti penanaman pokok ini bermula.

Ayahanda Dr Khairulmazmi Ahmad juga turut serta dalam program ini





Updated:: [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1506145271