TAHNIAH KMR ! JUARA DEBAT BELIA INTERKOLEJ 2017 | KOLEJ MOHAMAD RASHID
» NEWS » TAHNIAH KMR ! JUARA DEBAT BELIA INTERKOLEJ 2017

TAHNIAH KMR ! JUARA DEBAT BELIA INTERKOLEJ 2017

UPM, Serdang - Debat Belia Interkolej UPM 2017 telah diadakan selama 2 hari daripada 19-20 Mac di sekitar KMR dan Anjung 15. Debat Belia ini merupakan anjuran Sekteriat Akademik Kolej Mohammad Rashid dengan kerjasama daripada Kelab Debat Bahasa Melayu UPM, Dewan Bahasa & Pustaka, Bhep UPM serta Alumni Debat UPM. Sebanyak 10 buah kolej yang menyertai Debat Belia pada anjuran pertama ini dimana usul-usul yang dibincangkan adalah mengenai isu-isu Belia pada masa sekarang daripada aspek Ekonomi, Politik dan Sosial. Ini merupakan kaedah yang bagus untuk melatih Mahasiswa UPM kearah menyuarakan pendapat secara professional. Yg.Bhg Prof Dr.Haji Sidek Haji Abdul Aziz, iatu Timbalan Pengerusi Jemaah Pengetua UPM mewakili Pemangku TNC HEPA UPM merasmikan program ini pada 20 Mac seterusnya bersama-sama warga UPM menyaksikan

Pentas Akhir Debat Belia diantara KMR selaku Kerajaan menentang K15 selaku Pembangkang. Usul perdebatan terakhir adalah Demi Pembangunan Negara : TN50 Satu Langkah Bijak diterima menyaksikan KMR menjadi Johan seterusnya K15 sebagai Naib Johan bagi Debat Belia Interkolej UPM 2017. Tidak dilupakan juga wakil KMR dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir dan wakil K11 pula sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan.

Updated:: 22/03/2017 [nakhil]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1510946469