Festival Teater Interkolej 2017 (FESTIK)-NUTFAH | KOLEJ MOHAMAD RASHID

Festival Teater Interkolej 2017 (FESTIK)-NUTFAH

UPM, Serdang - Festival Teater Interkolej 2017 (FESTIK) telah melabuhkan tirai pada 20 Mei setelah 5 hari pementasan Teater itu dijalankan bermula 15 hingga 19 Mei 2017 yang bertempat di Dewan Putra 2. Program tahunan ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama Kelab Penggiat Teater Sejagat (PENTAS) yang bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang berfikiran kreatif bagi menghasilkan sebuah Teater dengan elemen-elemen tersendiri untuk mendambat hati penonton dan juri juga, bagi meraih kejayaan. Pendeta Pertama Production yang merupakan gabungan antara Kolej Mohammad Rashid dan Kolej Pendeta Za'ba telah menghasilkan Teater bertajuk Nutfah. Pada malam anugerah, warga Kolej KMR dan KPZ berkongsi kegembiraan apabila Nutfah telah berjaya mendapat Johan FESTIK 17 setelah hampir 2 bulan bertungkus - lumus menjayakan Teater ini. Tidak dilupakan juga, gabungan ini juga telah berjaya mendapat beberapa anugerah lain iaitu bagi Kategori Utama : Arahan Adaptasi Terbaik, Anugerah Kreatif : Skrip Terbaik dan Props & Set Terbaik, dan juga Kategori Lakonan : Pendukung Watak Utama Wanita Terbaik (Laila). Semoga Kecemerlangan ini dapat di teruskan lagi pada masaakan datang.

Updated:: 09/06/2017 [norazlina_m]

MEDIA SHARING

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467353
0389467351
C1511277675